/ Inspirasi Dan Kreativiti: Ikan Keli
Author: Aida Alias
•3:45 PM

Emmm dah agak lama tak masak2.. sejak sebulan yang lalu aku masak ala kadar saje. Maklumlah masa tu makan berempat dengan anak2. Jadi buat yang ringkas dan cepat dimasak.

Dah lama juga tak makan ikan keli. Tadi balik dari berniaga.. husband beli ikan keli di pasar peladang. Macam biasa, dia sukarela menyiang ikan keli itu untuk dimasak. Buat pengetahuan semua.. aku memang tak pandai siang ikan keli. Kalau beli masih tidak bersiang lagi.. nasib si ikan keli itu cuma keras dalam peti ais saje la.

Oleh kerana husband memang suka ikan keli masak lemak cili api.. atau dalam bahasa jawanya masak "pecal" maka aku masak khas untuknya. Untuk anak2, ikan keli goreng.. tuang kicap hehe. Orang jawa suka letak cekur bila masak lemak cili api. Baunya harum..tapi kalau terlebih cekur tu kuahnya akan jadi pahit sikit.
This entry was posted on 3:45 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 comments:

On July 8, 2009 2:05 AM , blogresipi said...

Ikan keli memang faveret kite.masak la ape pun kite sental...jgn tak masak sudah.. sgt terliur tgk lauk neh.

 
On July 8, 2009 9:27 AM , Ernie said...

sedapnya kak... dah lama tak makan ikan ni, saya pun tak pandai nak siang tapi kalau bagi makan memang laju hehe

 
On July 8, 2009 11:47 AM , Aida Alias said...

TQ semua sudi singgah..

Ikan keli ni memang sedap.. cuma itu la.. bab nak kena menyiang tu mmg surrender la. Kalo kena menyiang.. tak mkn pun takpe hehe. tak sanggup nak lawan ikan yg lompat2.. panjang nyawa ikan keli ni.. dah siang pun masih ada yg melompat..

 
On July 9, 2009 10:51 AM , mamalieyna said...

tak suke ikan keli..tak pnh mask pun sjk kawen ni..dl2 ada la..goreng jer tuk arwah ayah...!
tp ramai org suke sgt ngan ikan keli, tmbh2 kalo bakar..huhu..

 
On July 9, 2009 12:34 PM , Aku_tulip said...

roha..aku tak suka sgt ikan..tapi klu ikan ni aku suka bhgn perut dia...goreng garing..sedap....