Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Harap semua sihat sejahtera selalu. Dah lama tak update blog ni. Kemalasan melanda diriku hehe. Harap tidaklah melupakan diriku ini yang sememangnya tidaklah famous.
Sesekali aku rindu nak sembang dengan kawan2 secara face to face. ZILA sejujurnya rindu kat kamu lah. Tak sempat nak datang bertandang. Masing2 pun banyak pulak perkara yang datang bila janji temu diaturkan. Nampaknya masing2 menyepi diri.
Aktiviti harian macam biasalah.. dengan menguruskan anak pergi balik sekolah. Aku tekad tak mahu biarkan diri dibelenggu kesakitan dan kepenatan selalu. Makanya aku mengambil Bio Energee multivitamin. Walaupun pada mulanya ada effect yang berlaku pada diriku tetap ku teruskan juga. Err sememanganya bila makan akan menambah selera makanku. Juga cepat membuatkan ku mengantuk diwaktu malam. Tapi alhamdulilah.. nampaknya sudah serasi. Selalu juga pakai foot patch utk hilangkan sakit tumit.
Minggu lepas hantar beg anak ke kedai utk direpair. Baru pakai 2 bulan semua beg sudah putus. Yang baru beli pun hampir putus juga. Hanya satu beg saja yang boleh direpair. Lagi 2 beg tak dapat nak repair sbb terlalu rumit nak buka dan jahit semula. Buku sekolah banyak kan sekarang. Satu subjek saja sudah ada 3 buku tebal dan 2 buku tulis.
Vanilla Strawberry : Baby Aira
3 days ago




6 comments:
Salam Aida,
Tak sihat rupanya. Macam kak tie gak, sakit tumit ni tak juga berkurangan. Dr pesan supaya demoh@tuam tiap hari, tapi kak tie malas.. rasa macam buang masa. Nak rendam kaki dalam air panas pun malas, aderk....
Dah tanya Dr pasal detox foot patch tu, katanya takkan beri kesan pun, sebab yang keluar hanyalah peluh.. entahlah...
Pasal beg2 tu, samalah dengan anak2 kak tie. Kalau nasib tak baik, barang yang baru beli pakai sehari dah rosak atau terkoyak. Kita juga jadi tukang baikinya.
wslm kak Tie..
sakit tumit ni bila terlalu byk berjln ke sana ke mari memang mula sakit. foot patch tu kekadang sy guna ok kak tie.. bdn rasa ringan bangun pagi. tp bila dah letih sgt tak beri kesan juga. budak2 sama je kan kak tie..
Roha....aku pon rindu sama ko la....sori dah lama betul aku tk msg ...bz sket sejak² ni....blog tak berap det...ntah la roha..ker aku yg tak pandai bg masa 24 jam 2...
sama la roha beg sekolah ni...anak aku punya tanggal kat bahagian tali juga...ainna punya tali beg pernah buras...abih buras sampai pangkal tali..last² aku tak pakaikan...tinggak sebelah jer..
ok tu ko amik vitamin....umur cam kita memang kena amik vitamin kot...aku pn sama cepat letih...
zila.. paham kesibukan tu.. dgn kerja.. pastu balik rmh dgn kerja2 rumahtangga lagi. masa yg ada kt rmh tu la juga nak kena beri perhatian pd anak2.
mmg perlu la zila ambik vitamin. utk kesihatan kita yg dh tak berapa elok ni. kita ni kan lasak je buat kerja. nak duduk2 saja boring pulak kan.
multivitamin kalau ok apa salahnya makan kan .. tapi akak x amalkan makan sbb akak dah makan maajun dari tuk sendiri :))
huhuhuh anak2 akak punya beg pun mcm nie .. x pulak etrfikir nak jahit .. lepas nie mana yg boleh jahit sure akak jahir :)
kak eida setia dgn jamu ye. sy dulu pn pernah mkn jamu. tp kebanyakkannya ganggu period sy. mungkin tk serasi dgn bdn.
Post a Comment