Semalam sempat ke kedai buku Freedom di pekan. Raihana nak belajar buat origami. Selalu ayahnya buatkan burung orogami. Jadi dia teringin juga nak belajar. Maka yang lain pun boleh ambil bahagian juga. Nak belajar sama, sempatlah juga mereka belajar buat burung sebelum ayahnya pergi kerja. Bentuk yang lain belum lagi.
Haidir dan Rumaisha pun pilih buku, nak beli buku sendiri. Jadi masing-masing perlu bayar sendirilah ye. Duit belanja yang ayah mereka beri setiap bulan, itulah kegunaannya. Beli barang yang mereka mahu, syaratnya barang yang ada nilai.
Saya pun beli juga satu buku, Laa Tahzan. Dah lama nak beli buku ni, baru kali ni jumpa kat kedai buku. Selalu habis je dan buku saya beli ni stok terakhir. Masih belum berkesempatan nak membaca. Baru dapat baca sinopsis je. Saya suruh Raihana pilih satu buku, untuk hadiah dapat nombor 2 sekolah agama. Jadi dia pilih satu novel.. Akukah Snow White Itu...
White Earflap dan Kopiah
5 days ago




0 comments:
Post a Comment