Awal pagi tadi dah siap-siap keluarkan bahan nak buat cupcake ni. Rancang nak mula operasi pukul 2 petang. Dah siap makan tengahari.. maka start la enjin. Kali ni buat muffin coklat dengan topping butter cream. Yang coklat tu pun butter cream juga.. cuma letak warna coklat. Malas la nak cairkan cooking coklat pulak.. ahhaa
Oleh kerana nak nampak menarik, maka saya letak biskut oreo di atasnya. Beginilah rupa akhirnya. Buat 2 versi, with and without oreo. Nampaknya anak-anak suka, sebab utama ialah coklat dan biskut oreo tu hahaaaa...
Dialog anak-anakku :
Haidir : mak.. kalau mak buat makan lazat-lazat mesti ayah kerja
Raihana : Ha'ah... kesian ayah.. tak dapat nak rasa
Err.. tak ada rezeki suami.. nak buat macam mana. Pagi sampai tengahari masih ada dirumah. Lepas Zuhur dah kena naik kapal. Jadual kerja tak menentu.. bila-bila masa saja kena panggil.






0 comments:
Post a Comment