Red Velvet Cupcake

Asslamualaikum..

Semalam umat islam menyambut Maal Hijrah. Tahun baru telah bermula dan pastinya setiap dari kita mempunyai azam dan cita-cita yang ingin dicapai. Bagi saya, apa pun azam kita yang penting ianya realistik dan mampu dicapai. Berazam yang keterlaluan tidaklah digalakkan kerana jika gagal mencapai apa yang diigini itu kadangkala mengundang kekecewaan dan rasa rendah diri.

Azam saya ialah mahu menjadi ibu dan isteri yang lebih baik. Juga mahu hamba Allah SWT yang lebih taat dan beristiqamah. Saya adalah orang yang biasa-biasa saja. Maka begitulah azam saya. Azam yang biasa didengar, mudah disebut tetapi tidaklah mudah untuk dicapai. InsyaAllah boleh sekiranya dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Oh ya.. banyak sangat cerita sampai lupa pula nak cerita tentang tajuk post ini. Resepi diberi oleh sahabat saya, kak Zurita. Sebelum ini saya pernah juga buat kek baldu merah ni. Tapi rasanya terlalu manis, sehingga tak tertelan. Resepi ini sesuai dengan citarasa saya. Cuma toppingnya saya tak guna cheese, saya buat buttercream saja. Alhamdulillah.. dah habis dimakan.






Red Velvet Cake (kak zu)
Bahan A
2 1/2 cawan tepung naiksendiri
2 tablespoon cocoa powder
1 teaspoon soda bicarb
(sila ayak ye semua bahan di atas )

Bahan B
2 large eggs
1 1/2 cup vegetable oil
1 cup buttermilk (mine is 1 cup of fresh milk + 1 table spoon of vinegar )
1 tablespoon vinegar
3 tablespoon red coloring

( mixed all the above liquid ingredient till well incorporated - betul betul sebati . Takyah pakai mixer, guna senduk aje ..)

2 cups castor sugar

Caranya :
Panaskan oven 160 c
Sediakan 2 loyang 8inci diameter, lapik dengan grease/baking paper ..senang
sket nak keluarkan kek nanti as mine murah punyer loyang.

Sebatikan bahan A dengan gula hingga semua rata (faham tak ayat ni, cam pelik bunyinya)
Masukkan Bahan A yg bercampur gula tadi ke dalam adunan B .
Kacau rata -rata .

Bahagikan adunan kepada 2 loyang dan bakar selama lebih kurang 35min (ikut kecanggihan dapur memasing.
Biarkan sejuk............boleh topping
I suka cheese frosting topping

Cheese Frosting
1 paket cheese cream
1/2 caw butter
2 cawan icing sugar
vanilla essence
lemon zest (Optional)


Cream the cheese cream and butter till creamy. Add in little by little the icing sugar, till well mixed and creamy. Flavoured with vanilla essence and lemon zest.

0 comments:

Tuan Rumah

My Photo
Seorang ibu kepada 3 orang cahayamata. Sangat meminati seni kerjatangan.

TQ sudi jadi follower saya!!

Utk Tempahan Topi dan Kasut

Utk Tempahan Topi dan Kasut

Ruangan Chit Chat

Catatan Terkini

Komen Terkini

Blog Kegemaranku

I am a
Violet

What Flower
Are You?


You have a shy personality. You tend to hesitate before trying new things or meeting new people. But once people get to know you, you open up and show the world what you are really all about