kek coklat tanpa telur

Selamat berhujung minggu semua..

Hari ini anak-anak bicara tentang kek coklat. Err dah lama sangat ke saya tak buat kek coklat? Rasanya baru-baru ni ada buat muffin coklat, lebih kurang sama rasanya cuma tak berbentuk kek la kan.

Tengok dalam peti ais masih ada bahan-bahan buat kek. Tapi telur pula tak ada, dah habis rupanya. Tak ingat nak beli. Meng-google sebentar, cari resepi kek coklat yang dibuat tanpa telur. Akhirnya dapat resepi yang menarik. Testimoni hangat dan banyak yang telah berjaya membuatnya.

Maka beginilah rupa kek saya yang telah dihias lebih kurang kerana nak habiskan buttercream yang masih ada dalam simpanan. Tabur sedikit gula bintang. Kek ni sungguh lembut ye kawan-kawan walaupun dihasilkan tanpa telur.



RESEPI (myresepi.com - http://www.myresipi.com/top/detail/14607)

Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara

1)Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
2)Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3)Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco.
4)Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
5)Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
6)Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
7)Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

**Jika menggunakan loyang bsr, sila gandakan adunan atau buat 1 1/2 adunan.

0 comments:

Tuan Rumah

My Photo
Seorang ibu kepada 3 orang cahayamata. Sangat meminati seni kerjatangan.

TQ sudi jadi follower saya!!

Utk Tempahan Topi dan Kasut

Utk Tempahan Topi dan Kasut

Ruangan Chit Chat

Catatan Terkini

Komen Terkini

Blog Kegemaranku

I am a
Violet

What Flower
Are You?


You have a shy personality. You tend to hesitate before trying new things or meeting new people. But once people get to know you, you open up and show the world what you are really all about