/ Inspirasi Dan Kreativiti
Author: Aida Alias
•9:08 PM
Salam semua...

Buat masa ni aku nak bercuti dari berblog..
Banyak benda nak diceritakan.. tapi takde mood la nak menaip
Dan aku dah mula rasa kurang rajin nak berforum..
Tapi aku tetap akan login ditempat2 yg aku suka
Facebook tetap akan masuk utk tengok2 apa yg ada
Juga bila terasa nak main game.. kalo tidak, budak2 je lah yg main

Ok... GTG..
Author: Aida Alias
•12:59 PM
Dalam 2 hari ini aku cuba menambah skill penggunaan photoshop. Merata-rata juga mencari tutorial melakar wajah kartun. Akhirnya aku berjaya mengubah gambar Maisha menjadi lakaran kartun. Seronok sungguh!! bagaikan mahu melompat-lompat..heheh Belum rapi lagi, tapi boleh la kan untuk permulaan.

Author: Aida Alias
•5:42 PM
Pagi tadi kemas2 kat bilik belakang. Bilik tu dah penuh dengan pelbagai barang. Ada juga barang yg sudah tidak boleh diguna dan sepatutnya dibuang masih juga disimpan disitu. Contohnya seperti perca2 kain lebihan menjahit. Yang 3 thn sudah pun ada lagi tersimpan dalam plastik.. ehhehe

Belek2 ada lagi benang kait 3 bungkus.. masih tak terbuka dari plastiknya. Huii camtu la kawan2.. kalau kerajinan susah kurang dan minat sering bertukar ganti. Maka ada saja bahan2 yang terbiar dan terbengkalai. Macam ada berlaku sedikit pembaziran disitu hhuhhuu

Jadi hari ni aku rajin sedikit dr hari biasa hehe. Aku dapat ilham untuk buat aksesori dikepala. Dapat inspirasi dari blogTwin's Dream. TQ sesangat sbb terasa ingin pulak aku nak memasang aksesori semacam itu dikepala anak daraku. Tapi aku buat yg simple2 aje la. Maklumlah tahu mengait yang asas2 saja.

Maka.. inilah hasilnya. Tak seberapa tapi aku suka!! hehehhe Begitu juga anak daraku ini.. tersipu2 bila diminta ambil gamabar..


Author: Aida Alias
•1:56 PM



Author: Aida Alias
•10:25 AM
TERIMA KASIIH!!



Author: Aida Alias
•8:16 AM
kad raya TSY -Ainal


Kad raya dari Ainal


Kad raya dari Kak Nooryati

Author: Aida Alias
•3:24 PM


Kepada semua rakan2..

Dikesempatan ini ku memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang ku lakukan. Sama ada secara sengaja atau tidak.

Diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan.


KEPADA SEMUA, SILA AMBIL KAD INI SEBAGAI TANDA KASIH SAYANGKU.. MUAHHH!!!!
Author: Aida Alias
•9:42 AM

Langsir ni pada mulanya nak buat boxpleat.. tapi setelah aku kira2 panjang valance yang kakakku beli itu tidak mencukupi jika nak buat lipatan rapat2. Jadi aku buat juga boxpleat, cuma jarakkan sikit antara lipatannya. Bagi aku cantik juga.. sebab kain valance yg dibeli itu sudah pun cantik.

Langsir kakak sulungku sudah siap.. baju mak pun sudah siap. Maknanya lepas ni aku boleh start jahit sepasang baju utk diriku dan anak daraku yg 2 orang itu. Kain sudah dipotong dan dijahit tepi.. tinggal nak cantum je tu. Baju Haidir nanti beli saja di bazar ramadhan. Tunggu husband balik 18hb ni. Boleh la shopping apa2 yg patut nanti.
Author: Aida Alias
•2:20 PM
Dah masuk 3 bulan kereta kami di bengkel. Sebulan pertama terperap shj tanpa dibaiki sama sekali. Masuk bulan kedua sudah mula dibaiki sedikit dan mungkin terhenti setakat itu saja. Oleh kerana pengusaha bengkel itu tidak punya wang untuk membeli peralatan, maka bayar padanya duit pendahuluan untuk memudahkan dia membeli barang ( biasa kalo dibengkel lain dah siap baru bayar, tapi sbb nak cepatkan urusan membaiki.. bayar dulu pun takpe).

Tapi dah bagi advance pun nampaknya lambat bergerak kerja2 membaiki kereta itu. Seakrang dah masuk 3 bulan. Tak pasti apa masalahnya. Alasan takde duit nak modalkan beli brg.. udah diberi. Sebulan yg lepas janji dlm seminggu gerenti siap. Ehhhhh dah sampai masuk 2 minggu pun tak siap juga. Ok, takpe.. bagi masa lagi seminggu. Ye la sbb bengkel kawan.. takmo la gaduh2..walaupun hati rasa panas gak. Katanya tak sempat sbb kerja tanpa pembantu, ok accept lagi dgn alasan tu. Ehhhh tiba2 dapat tau yg dia berniaga di bazar ramadhan. Sempat la pulak... ishh ishhh. Panas betul hati ni

Husband balik semiggu yang lepas.. kereta masih tak siap. Kereta yang pinjam dr kwn itu pun dah diambi balik semula. Mujurlah hari cuti sekolah. Untung dapat pinjam hampir 2 bulan dari kawan tu. Janjinya dlm masa cuti sekolah akan siap. Tunggu 2-3 hari saja lagi. Tapi sampai husband OST lagi masih tak siap. Lajak sampai minggu lepas.

Aku jadi tambah panas juga akhirnya.. oleh kerana itu anak2 aku tidak bersekolah selama seminggu. Orang cuti seminggu sahaja, tapi anak aku terpaksa cuti sampai 2 minggu gara2 kelewatan kereta itu disiapkan. Haidir langsung tidak dpt bersekolah, Raihana terpaksa bercuti lagi sekolah agama. Nasib baiklah sekolah rendah dekat saja, boleh dihantar berjalan kaki.

Malam tadi husband balik, dan hari ini nak tengok apa progress kereta itu dibengkel. Kata hari Jumaat lepas nak siapkan dan nak dihantar ke rumah.. tak juga siap. Harap2 mingg ini akan siap la. Aku tak mahu mendesak tapi aku tak rasa org itu akan paham apa masalah kami dgn ketiadaan kenderaan.
Author: Aida Alias
•1:11 PM
Rezeki dibulan ini sedikit bertambah.. alhamdullilah. Namun dibulan yang mulia ini banyak mengajar aku erti kesabaran. Kadangkala aku terlupa sabar itu separuh dari iman. Rapuhnya imanku krn kadangkala aku mengeluh dan terasa ingin marah.

Sekarang ini perkara yang amat menguji kesabaran aku adalah perkhidmatan courier yang tidak menentu tahap kelajuannya. Sedangkan amat sukar bagi aku untuk membuatkan semua customer untuk faham situasi ini. Maka banyaklah keadaan dimana aku perlu memberikan penjelasan ttg masalah ini. Dan banyak kali jugalah aku dimarahi oleh customer. Apa nak buat kan.. aku tidak dapat mengawal penghantaran barang. Jadi terpaksalah aku terima saja apa yang ingin orang katakan.

Bulan ini bagi aku adalah bulan paling kritikal bagi semua khidmat penghantaran barang dan juga pos malaysia. Dengan jumlah pengguna yang semakin bertambah, maklumlah dah nak raya kan. ramai yg membeli belah secara online. Maka terjadinya lambakan bungkusan dan dokumen, dan bagi pos malaysia mungkin dengan pertambahan penghantaran kad raya, maka kelewatan itu sering berlaku.

Jika brg itu aku punya, aku tak kisah sangat jika sedikit terlewat.. janji barang itu sampai dan tidak hilang. Tapi untuk barang yang perlu aku hantar pada customer, ianya agak meresahkan aku. Kerana customer sedang menanti.. amat2 stress kadangkala.

Aku cuba yang terbaik.. tapi didalam hal2 yang diluar kawalan aku, tak dapat aku nak berbuat apa2. Aku harap mereka memahami. Sememangnya inilah ujian dan dugaan berniaga online.
Author: Aida Alias
•9:53 AM
Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinanku yang ke-8.
Harapanku hanya satu.. semoga ikatan ini berkekalan hingga akhir hayat.
Agar dapat meniti usia tua bersama.. melihat anak2 membesar didepan mata.

Tiada apa yang kuinginkan kecuali seorang teman dan sahabat sepanjang zaman
Penghibur dikala kesedihan.. pembantu diwaktu kesusahan.. pendamai dimasa kekusutan
Ku ingin teman ketawa dan menangis.. tempat dimana dapat ku bersandar dibahunya
Aku hanya mahukan seorang kekasih yang setia.. sesetianya aku kepadanya

Semoga hari2 yang mendatang membawa lebih kebahagiaan dan kegembiraan..

Image Hosted by ImageShack.us